Sunday, 21 August 2016

Tandom Hill Resort


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
Hello gais, lamanya tak jumpa kan? Biasa laa blogger pemalas macam aku ni nak jumpa satu entry dalam sebulan pun payah. 

 30 July 2016 (Saturday),

Rasanya semua dah tahu kan pasal tandom hill resort dekat banting kan? Tapi tak pea laa aku nak cerita jugak kat korang. So masa 30hb lepas aku dengan ehem ehem pegi banting ni kira macam short vacation laa, nak long tak boleh lagi sebab tak nikah lagi hoi!

Ticket masuk sini tak laa mahal pun, harga dia biasa-biasa jea RM20 untuk weekday dan RM23 untuk weekend, tapi kalau korang nak stay dekat sini pun boleh tapi harga lain tau and yang paling bestnya kat sini korang boleh bawak makanan luar masuk dan korang boleh keluar masuk tempat tu selagi korang pakai gelang yang di bagi (day pass). 

Aktiviti dekat sini memang kebanyakkan nya aktiviti air jea, korang berendam laa dalam tasek tu tapi mesti dan wajib gunakan life jacket tau sebab kedalam air tu sangat dalam dan bahaya kalau korg takde life jacket tu, tak kisah laa kau dah pandai berenang ke ape, keselamatan tu penting. 


Dekat sini ade aktiviti macam berakit, tarzan dan kerusi terapung yang diperbuat daripada buluh dan semuanya dah termasuk dalam RM20 yang korang bayar masa nak masuk tadi. 

(nak tido kea nak bergambar?)

Dekat sini bukan ade aktiviti main air jea tau, aktiviti dekat darat pun ade eh kau over gila nak darat.
Sebenarnya aku dah nampak kekalahan aku masa main giant checkers dan disebabkan aku seorang yang tak nak kalah terus aku ajak gemok ni main air balik hahahaha.

Dekat sini sebenarnya lagi seronak dan sesuai kalau buat family day dan bercuti dengan kawan-kawan dalam group yang ramai. Sebabnya mostly aktiviti dekat sini kebanyakkan nya adalah aktiviti sendiri tapi ape pun aku sangat berpuas hati dengan short vacation kali ni! Jumpa lagi dalam next entry yang tak tahu bila akan ada.

No comments: