Saturday, 25 April 2015

Tamat sudah semester 3


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
(sebelum class tamadun islam) 
 
 
Macam biasa wajib ade gambar sendiri sebelum start entry hehehehe. Finally dah habis pun sem 3, lagi 2 sem dekat jitra then praktikal dan Insya-Allah lepas tu dah boleh kerja. Tapi rasa macam nak sambung degree lepas habis diploma cuma maybe tak sambung dalam bidang qs ni dan kalau boleh nak keluar terus dari bidang engineering ni.

Sepanjang 3 sem dekat ni rasanya sem 3 ni memang paling mencabar dan penat sangat sebab tido pun tido-tido ayam jea kadang tu nak tido pun tak sempat. Itu baru sibuk dengan studio work belum assignment, test, quiz and presentation lagi.

Sem ni kita orang 6 studio work, 6 jea? Kau tak payah nak 6 jea eh, 6 pun tu pun dah cukup banyak aku rasa, sebab 6 studio work laa rumah tu aku buat macam hotel jea sebab balik rumah hanya untuk mandi and siap-siap pegi class jea, tido pun sejam dua jea kat rumah. kalau sehari tido sejam dua boleh terima lagi, ni kalau dah 5 kea 6 hari? lemau badan ni weh. time tu sape cari pasal memang mintak kena maki laa kan, badan kita penat orang cari pasal pulak.

Assignment, quiz & test ni kadang jenis dapat serentak, time tu lagi laa pening cemane nak settlekan assignment ni. tapi aku nak pesan awal-awal laa kan, masa nak buat assignment by group ni aku memang nasihatkan sangat korang cari groupmate yang jenis buat kerja dan ade semangat kerjasama. tak kisah laa kalau dia nak lepak pagi petang malam, kelas tak masuk tapi assignment dia buat kira okey laa tu, buat dia sebagai groupmate. Jangan pulak engkau ambik groupmate jenis yang mengharapkan orang jea, even dia jenis yang kedatangan penuh tapi assignment tak buat or tak de semangat kerjasama ni boleh shhhh. sebabnya kalau korang student qs semangat kerjasama tu memang kena ade sebab korang kena buat estimate and measurement. Hanya qs jea tahu betapa peningnya nak buat measurement ni.

lagi nak bebel ape? erm erm erm. haaa lagi satu, kalau buat measurement ni salah ya ampun sakit nya kepala, sakit hati, stress lagi. time tu memang rasa nak give up, rasa nak berhenti lagi. kau bayangkan kau dah kira kuantiti untuk basement contohnya then salah, kau rasa? ataupun senang cerita kau dah buat assignment then kena reject? nangis tak? assignment kena reject akak boleh terima lagi tapi jangan studio work kena reject memang nak meraung rasanya.

tapi Alhamdulillah sekarang semua dah settle, mintak-mintak semua subjek lulus sem ni. tak nak ade carry/repeat. Mintak sangat.

3 comments:

Athirah Diyana said...

good luck. insyaALLAH semuanya akan ok ;)

btw, baju tu lawa lah. mana beli

farah syamimi said...

@Athirah Diyana AMIN. kirim dekat kawan masa dia balik kl hehehe

Ahmad Zaki said...

Dah masuk sem 2 la kan nanti. Goodluck for everything you do.

ZH Blogger