Saturday, 14 February 2015

Ulu legong hot spring


ASSALAMUALAIKUM

Back to 2 february 2015,

Masa tengah lepak makan makan lepas class bwm semua macam terfikir esok cuti tak nak kea lepak memane, nak balik rumah family macam tak mungkin jea sebab cuti satu hari jea kan. Masa tu macam-macam idea keluar pegi kuala perlis laa, overnight dekat penang laa, titi gantung laa itu laa ini laa and last sekali terkeluar laa idea pegi mandi, fikir pasal bajet semua better pegi hot spring dekat ulu legong sebab masuk murah sesuai dengan bajet kita orang as a student ni.

Malam tu dalam pukul 11 bertolak laa kami 4 sekawan ke baling. Nak kata jauh perjalanan tu jauh jugak sebabnya dia macam dekat kawasan pendalaman sikit, tapi sejauh-jauh baling jauh lagi rumah aku. Dah lalu sik ni singgah dulu jumpa ex classmates, acap. Nak pegi legong tu pun kita orang bukan tahu jalan, aiman dengan zaid macam teragak-agak takot salah jalan, nak harapkan aku dengan eyka kita orang lagi laa tak tahu pape.

Seriously jalan nak pegi legong ni gelap and sunyi sampai aku kata kita salah jalan kea? Tak de kereta lalu langsung masa tu, tipu laa kalau tak takot kan. Nak bagi tahu dorg sebenarnya aku takot tapi nanti macam kena gelak jea so aku pun tidur sepanjang perjalanan hahahaha kuang sam tak? So kalau korang ade nak shoot cerita hantu kea ape kea aku rasa korang boleh guna pakai jalan ni sebab jalan ni memang seram nak mampus. Lupa bagi tau korang kalau nak pegi sini bawak sweater tebal sikit sebab kat sini sejuk gilaaaaa, masa pegi tu aku bawak cardigan jea lepas tu sejuk dia tu rasa macam sampai kea tulang laa ceritanya.

Nak masuk hot spring ni murah jea, serious murah. Rm6 sorang tapi kita orang masuk free sebab acap belanja hehehe thanks cap. Dekat dalam ni memang banyak kolam air panas, kolam 1 memang tak boleh mandi, dia untuk jelum kaki jea sebab kolam 1 ni memang panas sangat. Kolam 2, okey laa tak panas sangat selesa jea kena badan sesusai dengan persekitaran dia yang sejuk tapi kolam ni tak sesuai untuk kanak-kanak sebab air dia dalam jugak, aku ni pun air bawah dagu.

Nampak tak budak laki tu kepala dia macam mane? itu baru dia belum aku lagi, yang 2 orang laki depan ni maybe sebab dorang pijak tangga lagi kot tu yang tak nampak dalam. masa mula aku nak turun acap dengan aiman memang kuang asam, aku turun dah laa teragak-agak bantai dorang tolak pulak hm nasib tak lemas, kalau lemas tak dan nak khawin (eh gatalnya). No picture from us sebab gambar agak privacy sikit. Serious best mandi dekat sini sampai rasa macam nak pegi lagi jea nanti.

Pasal kolam-kolam lain tu aku tak sure sebab tak dan nak menjenguk hehehehe, kita orang banyak habiskan masa dekat kolam ni jea. Sebelum balik pegi mandi dekat satu lagi kolam, tapi ni bukan kolam air panas dia kolam suam-suam kot nama dia entah laa aku bantai jea nama dia. Masa dekat kolam ni lawak sebab aku dengan eyka nak belajar terapung tapi tak pandai, so sad! 

Around pukul 5 macam tu lepas hantar acap balik, pulang laa kami kea jittra. Eh man hebat kau kan orang lain terlentok dah tapi kau boleh drive lagi, zaid lena dah siap dengkur yang aku dengan eyka awal-awal masuk kereta lagi dah lena.

SAYA BAGI 5 BINTANG UNTUK HOT SPRING ULU LEGONG. Bye, see you next time.


2 comments:

Anne Nurain said...

bestnye gi jenjalan..
esok dah cuti CNY tapi tak gi mana pun..
duk umah je, pt tak masok lg.. kekeke..

farah syamimi said...

@Anne Nurain ni pun pt dah hujung tanduk kak hahaaahha