Thursday, 7 May 2015

BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
segmen yang best untuk join bagi memanfaatkan cuti yang sangat panjang ni.
 
http://juliajamaludin.blogspot.com/2015/05/blogwalking-segment-by.html
 (KLIK BANNER UNTUK JOIN)
 
 
 
 
Sambil-sambil blogwalking tu jemput laa klik tabung sara diri saya. Tunggu sampai habis loading tau nanti, tak lama pun dia loading dalam 3-4 second jea. Thanks tau hehehehe.
 

 

Jom Join Ceria 1st Giveaway!


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
 
http://kisahmissxyz.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
 (KLIK BANNER UNTUK JOIN)


Senarai Hadiah:

  • 5X Floral Mask untuk 5X Pemenang
  • 1 Baju (pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 1 Buku Fixi (Pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 3X Bloglist sehingga May 2016 untuk 3 orang pemenang.
  • 2X Blog review untuk 2 orang pemenang
*Psst, hadiah mungkin bertambah kalau ramai penyertaan.  

TAG: NADDY | TIQA | NAD
 

Btw, good luck dik. Semoga Allah permudahkan segala urusan awak untuk sambung belajar nanti.


Wednesday, 29 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/04/intanberlian-mega-giveaway-2015.html
 
GIVEAWAY BY INTAN BERLIAN DI SPONSOR OLEH:
  1.  Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses 
  2.  Awanazstyle Muslimah Shop 
kalau ade rezeki dekat mega giveaway 2015 by intan berlian ni dapat laa bergaya sakan dengan koleksi muslimah modern & gorgeous dresses dan awanazstyle muslimah shop hehehehe.

Saturday, 25 April 2015

Tamat sudah semester 3


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
(sebelum class tamadun islam) 
 
 
Macam biasa wajib ade gambar sendiri sebelum start entry hehehehe. Finally dah habis pun sem 3, lagi 2 sem dekat jitra then praktikal dan Insya-Allah lepas tu dah boleh kerja. Tapi rasa macam nak sambung degree lepas habis diploma cuma maybe tak sambung dalam bidang qs ni dan kalau boleh nak keluar terus dari bidang engineering ni.

Sepanjang 3 sem dekat ni rasanya sem 3 ni memang paling mencabar dan penat sangat sebab tido pun tido-tido ayam jea kadang tu nak tido pun tak sempat. Itu baru sibuk dengan studio work belum assignment, test, quiz and presentation lagi.

Sem ni kita orang 6 studio work, 6 jea? Kau tak payah nak 6 jea eh, 6 pun tu pun dah cukup banyak aku rasa, sebab 6 studio work laa rumah tu aku buat macam hotel jea sebab balik rumah hanya untuk mandi and siap-siap pegi class jea, tido pun sejam dua jea kat rumah. kalau sehari tido sejam dua boleh terima lagi, ni kalau dah 5 kea 6 hari? lemau badan ni weh. time tu sape cari pasal memang mintak kena maki laa kan, badan kita penat orang cari pasal pulak.

Assignment, quiz & test ni kadang jenis dapat serentak, time tu lagi laa pening cemane nak settlekan assignment ni. tapi aku nak pesan awal-awal laa kan, masa nak buat assignment by group ni aku memang nasihatkan sangat korang cari groupmate yang jenis buat kerja dan ade semangat kerjasama. tak kisah laa kalau dia nak lepak pagi petang malam, kelas tak masuk tapi assignment dia buat kira okey laa tu, buat dia sebagai groupmate. Jangan pulak engkau ambik groupmate jenis yang mengharapkan orang jea, even dia jenis yang kedatangan penuh tapi assignment tak buat or tak de semangat kerjasama ni boleh shhhh. sebabnya kalau korang student qs semangat kerjasama tu memang kena ade sebab korang kena buat estimate and measurement. Hanya qs jea tahu betapa peningnya nak buat measurement ni.

lagi nak bebel ape? erm erm erm. haaa lagi satu, kalau buat measurement ni salah ya ampun sakit nya kepala, sakit hati, stress lagi. time tu memang rasa nak give up, rasa nak berhenti lagi. kau bayangkan kau dah kira kuantiti untuk basement contohnya then salah, kau rasa? ataupun senang cerita kau dah buat assignment then kena reject? nangis tak? assignment kena reject akak boleh terima lagi tapi jangan studio work kena reject memang nak meraung rasanya.

tapi Alhamdulillah sekarang semua dah settle, mintak-mintak semua subjek lulus sem ni. tak nak ade carry/repeat. Mintak sangat.

Friday, 10 April 2015

Tragedi 15 march 2015


ASSALAMUALAIKUM
 




Alhamdulillah semuanya selamat masa accident dekat pauh hari tu. Bersyukur sangat semua tak de pape cuma kereta aiman dengan lisa jea la yang teruk.


Tuesday, 17 February 2015

Nak join GA and segmen


ASSALAMUALAIKUM
Mood nak join GA and segmen memang tengah memuncak naik sesangat sekarang ni so kalau sesape tengah buat benda ni bagi laa tau kita nak join. Tinggalkan jea link dekat shoutbox atau pun comment nanti kita join. sementara tengah cuti sem ni boleh laa duduk rilek-rilek sambil bermanja dengan blog even assignment berlambak pun hohoho.


Saturday, 14 February 2015

Ulu legong hot spring


ASSALAMUALAIKUM

Back to 2 february 2015,

Masa tengah lepak makan makan lepas class bwm semua macam terfikir esok cuti tak nak kea lepak memane, nak balik rumah family macam tak mungkin jea sebab cuti satu hari jea kan. Masa tu macam-macam idea keluar pegi kuala perlis laa, overnight dekat penang laa, titi gantung laa itu laa ini laa and last sekali terkeluar laa idea pegi mandi, fikir pasal bajet semua better pegi hot spring dekat ulu legong sebab masuk murah sesuai dengan bajet kita orang as a student ni.

Malam tu dalam pukul 11 bertolak laa kami 4 sekawan ke baling. Nak kata jauh perjalanan tu jauh jugak sebabnya dia macam dekat kawasan pendalaman sikit, tapi sejauh-jauh baling jauh lagi rumah aku. Dah lalu sik ni singgah dulu jumpa ex classmates, acap. Nak pegi legong tu pun kita orang bukan tahu jalan, aiman dengan zaid macam teragak-agak takot salah jalan, nak harapkan aku dengan eyka kita orang lagi laa tak tahu pape.

Seriously jalan nak pegi legong ni gelap and sunyi sampai aku kata kita salah jalan kea? Tak de kereta lalu langsung masa tu, tipu laa kalau tak takot kan. Nak bagi tahu dorg sebenarnya aku takot tapi nanti macam kena gelak jea so aku pun tidur sepanjang perjalanan hahahaha kuang sam tak? So kalau korang ade nak shoot cerita hantu kea ape kea aku rasa korang boleh guna pakai jalan ni sebab jalan ni memang seram nak mampus. Lupa bagi tau korang kalau nak pegi sini bawak sweater tebal sikit sebab kat sini sejuk gilaaaaa, masa pegi tu aku bawak cardigan jea lepas tu sejuk dia tu rasa macam sampai kea tulang laa ceritanya.

Nak masuk hot spring ni murah jea, serious murah. Rm6 sorang tapi kita orang masuk free sebab acap belanja hehehe thanks cap. Dekat dalam ni memang banyak kolam air panas, kolam 1 memang tak boleh mandi, dia untuk jelum kaki jea sebab kolam 1 ni memang panas sangat. Kolam 2, okey laa tak panas sangat selesa jea kena badan sesusai dengan persekitaran dia yang sejuk tapi kolam ni tak sesuai untuk kanak-kanak sebab air dia dalam jugak, aku ni pun air bawah dagu.

Nampak tak budak laki tu kepala dia macam mane? itu baru dia belum aku lagi, yang 2 orang laki depan ni maybe sebab dorang pijak tangga lagi kot tu yang tak nampak dalam. masa mula aku nak turun acap dengan aiman memang kuang asam, aku turun dah laa teragak-agak bantai dorang tolak pulak hm nasib tak lemas, kalau lemas tak dan nak khawin (eh gatalnya). No picture from us sebab gambar agak privacy sikit. Serious best mandi dekat sini sampai rasa macam nak pegi lagi jea nanti.

Pasal kolam-kolam lain tu aku tak sure sebab tak dan nak menjenguk hehehehe, kita orang banyak habiskan masa dekat kolam ni jea. Sebelum balik pegi mandi dekat satu lagi kolam, tapi ni bukan kolam air panas dia kolam suam-suam kot nama dia entah laa aku bantai jea nama dia. Masa dekat kolam ni lawak sebab aku dengan eyka nak belajar terapung tapi tak pandai, so sad! 

Around pukul 5 macam tu lepas hantar acap balik, pulang laa kami kea jittra. Eh man hebat kau kan orang lain terlentok dah tapi kau boleh drive lagi, zaid lena dah siap dengkur yang aku dengan eyka awal-awal masuk kereta lagi dah lena.

SAYA BAGI 5 BINTANG UNTUK HOT SPRING ULU LEGONG. Bye, see you next time.