Thursday, 2 January 2014

Apa yang best dekat kedah ni?


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-
 
apa yang best dekat kedah ni yea? hm baju murah, makan murah, makan sedap. haa itu lah yang bestnya.

serious baju-baju dekat kedah ni murah gila, bukan murah sikit-sikit tapi murah banyak-banyak. aku ni sampai kena serangan jantung, perak dan jakun gila sebab tengok harga baju yang murah gila tu. dah lam murah, cantik pulak tu.



sorry sebab gambar goyang dan kabur. alah aku bukan nak tayang gambar ke ape, aku nak tayang baju tu jea. haa cantik kan? baju tu aku beli RM19 jea, haa acaner murah? lawa kan? nasib baik laa aku ni bukan jenis yang gila baju, kalau tak naya jea duit habis sebab beli baju. aku ni setakat tengok baju, cuci-cuci mata dan letak balik jea hahhahaha.

kalau pasal makanan dorang, yaa ampun sedapnya bukan main lagi. jujur laa aku ni cerewet jugak kalau pasal makan. aku kalau pegi makan dekat kedai kau tapi masakkan dekat kedai kau tu tak sedap, itu kali pertama dan terakhir aku datang kedai kau TAPI kalau masakkan dekat kedai kau sedap memang akan aku sanjung kau punya kedai setinggi langit.

3 minggu lepas, aku pegi makan dekat luar dengan kekawan. kita orang makan dekat satu kedai ni, jujur dari hati kedai tu memang nampak sangat tidak menyelerakan dan tak yakinkan aku untuk makan kat situ tapi sebab aku dah penat berjalan dari kamsis nak ke kedai tu ditambahkan pulak dengan lapar, so redah aje lah.

aku order nasi goreng pattaya, waza order nasi goreng ikan masin dan kika aku tak ingat. lepas jea suapan pertama tu, kita orang punya mulut pot pet pot pet puji masakkan dia, sampai sekarang kita orang puji lagi dan niat nak makan lagi kat situ cuma masa saje belum mengizinkan kami untuk ke sana.

hanya itu untuk entry kali ni, jumpa lagi di entry yang seterusnya yang entah bila aku akan update.