Monday, 18 November 2013

Setelah sebulan lebih


ASSALAMUALAIKUM
-Tak jawab dosa. Baik jawab cepat-

kesian kat blog ni kan? dah macam tak bertuan jea rupanya. tengok lah last aku update blog bila? dah lebih sebulan aku tak update blog kesayangan ni. okey lah meh sini aku cerita kenapa blog ni terbiar macam tak bertuan jea. 

sebenarnya aku mengalami kesibukkan yang luar biasa (bajet sibuk sangat jea) tapi serious aku sibuk walaupun sebenarnya tak de laa sibuk sangat cuma aku jea yang tak pandai nak bahagikan masa dengan betul lepas tu ditambahkan pulak dengan badan ni yang jenis kalau dah letih, tido lepas tu malas nak buat semua benda. 

start dari hujung bulan august sampai hujung bulan october aku kerja. jadi engkau orang faham-faham jea lah kalau kerja ni macam mana kan? dapat pulak aku ni kerja 12jam. 10pagi-10malam memang tak de masa lah nak manja-manja dengan blog kan. kalau nak update blog sebelum pergi kerja alamatnya aku masuk kerja pukul 12 tengah hari lah. aku ni kalau dapat menghadap blog mana boleh setakat sejam dua, kalau boleh dari pagi sampai ke malam. kalau nak update blog lepas balik kerja memang tak lah kan otak mana mahu berfungsi kalau kepala fikir bantal jea sepanjang masa. cuti? okey cuti banyak dihabiskan dengan menidurkan diri di ghumah. time cuti laa aku nak feeling-feeling anak raja kat rumah, duduk rumah makan tido jea haahahaha.

lepas jea aku berhenti kerja hari khamis, hari sabtu tu terus pergi pangkor merehatkan diri dekat rumah yang. seminggu jugak laa aku kat sana. balik dari sana settle kan hal politeknik. pesanan aku untuk semua yang bakal masuk poli, kalau kau dapat surat cepat baik kau pergi settlekan cepat-cepat. sebab bukan senang okey nak settle kan urusan dia. entry pasal politeknik Insya-Allah aku update akan update kemudian untuk kongsikan pengalaman aku dengan korang semua. aku tak janji akan update tapi aku akan cuba update untuk korang dan bakal student politeknik. 
hilang selera makan seminggu sebab forteen tak pergi final AJL. eh bukan sebab forteen tapi sebab ariz lufias jea hhahahaha

11 comments:

Ainim Suju said...

oo.ingatkan siapa laki ni tadi

Busyra Bt Takiyudin said...

slamat kembali berblogging. (:

Liza Licha said...

singgah sini. salam kenal ye dear :)

farah syamimi said...

@Ainim Suju hheehhhe ni ariz lufias jea

farah syamimi said...

@Busyra Bt Takiyudin Thanks :)

farah syamimi said...

@Liza Licha salam kenal juga liza ^^

Ahmad Zaki said...

Busy sungguh tu. Hahahaha... Takpa, ada peluang buat la new entry. Mana tau ada peminat yang rindu. =P

Liza Licha said...

singgah lagi ye dear :)

farah syamimi said...

@Ahmad Zaki sentiasa mencari peluang untuk update blog tapi tu laa masa tak mengizinkan pulak

farah syamimi said...

@Liza Licha Thanks dear singgah sini ^^

Ahmad Zaki said...

Kesian blog ini dilupakan. Apa pun selamat kembali. =)

ZH Blogger