Monday, 1 July 2013

I'm babysitter today


semalam masa on the way nak balik ipoh maksu call mintak tolong jagakan amsyar dengan sofia sebab taska tutup, aku tak tahu kenape tutup sebab malas nak tanya. disebabkan kesian dekat dorang tak de sape nak jaga and aku pun rindukan dua beradik tu, so aku okey lah kalau maksu nak aku jagakan dorang. sebenarnya penat tak hilang lagi sebab dekat pangkor hari tu tido lambat lepas tu bangun awal, senang cerita aku tak cukup tido lah tapi disebabkan dorang tu aku tolong ke tepi segala penat tu. nampak tak aku kakak yang baik?

pagi tadi cik mail hantar amsyar dalam pukul 7setengah rasanya, aku tak sure sebab masa tu aku mamai lagi. mata pun celik tak celik jea, mama yang keluar ambik amsyar dekat cik mail sebab aku memang dah tak mampu nak bukak mata. lepas tu aku terlena, dalam 8lebih baru tersedar and bingkas bangun sebab teringat dekat amsyar. aku keluar bilik tengok dia tengah tengok cartoon. 

lepas cuci muka semua tanpa mandi aku terus capai laptop on twitter dengan facebook, lepas tu check email, check shoutbox and publishkan comment dekat blog. balas kunjungan blogger-blogger yang singgah blog aku selama 3 hari aku tak on blog dan bila dah settle semuanya, shutdown laptop balik. mood untuk online lelama macam selalu tak de. lepas tu aku join amsyar tengok cartoon dan sekali lagi aku terlena, teruknya aku ni. lepas tu aku tersedar dia main lari-lari and tersepak kaki aku sampai jatuh budak tu. aku pun capai towel kononnya nak mandi tapi apakan daya aku terlena lagi sebab terbaring dekat atas katil.

sekali bangun ambik kau pukul 12 tengah hari, fuhhh lama gila aku tido nasib amsyar tak banyak bunyi, lagipun dia tak berape sihat sebab tu duduk diam jea. aku terus lah mandi sebab kang kalau tak mandi dah sah-sah aku akan terlena balik macam tadi, jadi untuk mengelakkan benda tu terjadi better aku mandi untuk segarkan diri.

lepas tu aku online dan amsyar main sesorang sampai dia terlena, sebelum dia terlena gila-gila better aku kejut dia tido kat dalam bilik. aku bukan tak angkat tapi aku tak larat nak angkat. tak nak biar dia tido dekat ruang tamu, gangu tido dia jea nanti. lepas tu dalam 1lebih sofia balik dari sekolah, aku bagi makan and bagi dia tengok tv tapi kena pastikan dia tak tido sebab nanti nak mandikan dia pulak sebab dia nak kena pegi sekolah agama.

kesian tengok dia penat jea baru balik sekolah nak kena pegi sekolah agama balik, terlena jugak lah dia tapi sebab kesian aku biarkan jea lah. aku suruh dia pakai tudung ape semua lepas tu bagi dia tido kejap, aku pakaikan stoking masa dia tengah tido. nak bagi dia rehat kejap, penat sangat nampaknya. dalam 2 lebih aku kejut dia pakaikan kasut sebab mak cik yang ambik dia tu kejap lagi nak sampai. and masa tu amsyar dah bangun tido, risau jugak kalau dia nangis nak ikut kakak dia tapi nasib baik tak menangis, fuhh lega.

aku bagi dia makan, makan ubat lepas tu bagi dia main sebab aku nak tengok tv hahahahha lepas tu dah boring main dia join aku sekali tengok tv, aku ni mane boleh tengok bebudak duduk diam. mesti lah aku akan kacau, aku ambik mainan dia, aku sikat rambut dia sebab dia tak suka orang sikat rambut dia lepas tu aku cucuk pinggang, cucuk sana cucuk sini. dalam pukul 5 lebih dekat pukul 6 sofia balik dari sekolah agama dan dalam 6 lebih cik mail pulak datang ambik dorang.

No comments: