Wednesday, 31 July 2013

Birthday gift from joe




Thanks joe sebab bagi hadiah ni, comel sangat aku suka weh. serious suka sesangat. 

tadi dalam 3 lebih joe ajak teman dia pergi johnny booking tempat nak bukak puasa hari ni sebab hari ni dia nak belanja family dia bukak puasa dekat johnny. lepas teman joe pegi booking terus pegi market jj sebab joe nak beli sushi. sebelum sampai dekat market tu, ade nampak orang‬ jual bear-bear dengan coklat. belek punya beria, tanya  macam orang nak beli tapi tak beli pun. kita orang terus pegi market beli sushi dengan vitagen.

balik dari market tu belek lagi tapi tak beli jugak lagi sampai dekat guess punya shop tak silap joe kata ''eh comel lah bear dengan coklat tadi. jom tengok balik.'' aku pun pusing jea lah balik sebab aku pun suka tengok sebab comel sangat kihkihkih. tapi masa sampai dekat tempat tu aku cakap dekat joe ''make sure kali ni kau beli.'' seperti satu arahan hahahaha yea lah pegi dah 3 kali tapi tak beli-beli pun lagi.

haa sebaik kali ni dia beli kalau tak memang aku akan cubit-cubit dia. lepas beli joe kata jom pegi kedai tu *tunjuk kedai. jangan tanya aku ape nama kedai tu sebab aku tak tahu ape nama dia even dah banyak kali masuk pun tak tengok-tengok nama dia. aku pelik sebenarnya bila joe kata ''pegi lah masuk tengok-tengok.'' memang kita nak masuk kedai ni lah pun kan? jadi kenape perlu cakap pegi lah masuk tengok-tengok? tapi sebab aku malas nak tanya aku terus masuk pegi tempat buku-buku yang comel. untuk pengetahuan korang aku sangat suka tengok writing book yang comel-comel.

masa dekat tempat buku tu aku belek-belek lah satu diary ni, cantik gila okey diary tu dan bila tengok harganya terus cakap kat diri sendiri ''padan lah cantik diary ni sebab harga dia pun cantik juga.'' aku ingat nak beli jugak walaupun harga dia menyebabkan aku telan air liur tercekik tapi sebab sekarang ni aku tengah papa, keinginan ku untuk membelinya terus terbantut. terus letak balik diary tu dan cari joe, aku nampak dia dekat kuanter, tapi sebab aku dah berkenan sangat dengan diary tu aku ambik balik diary tu dan terus aku belek-belek dia supaya nanti aku tak rindu diary tu hahahhaha. 

joe datang dekat aku pegang sekeping kad, aku tanya kad ape tu? tapi dia diam jea, aku pun buat tak tahu jea lah. tapi rasa pelik lah jugak dah kenape dia ni beli kad? masa jalan nak pegi dekat parking tetiba joe cakap ''kau ada pen?'' aku pelik kenape dia tanya pen? tapi sebab malas nak menanya dia nak buat ape dengan pen aku diamkan aje dan terus cakap aku tak de pen sebab memang aku tak de pen pun. pen dalam handbag, aku keluar tadi bawak purse jea, kalau aku bawak handbag ade lah pennya.

then masa dalam kereta joe cakap ''sebenarnya aku beli ni untuk hg.'' aku pun haaaaaa yea ke? hehhehe mekasih joe. aku tak peluk joe pun sebab masa tu joe tengah drive. tapi serious rasa terharu sangat sebab tak sangka joe nak bagi dekat aku, sebab dia cakap dia nak beli untuk diri sendiri. dan baru aku sedar kenape joe ikut pilihan aku masa beli bear dengan coklat tadi, kenape dia beli kad dan kenape dia tanya pen.
 

12 comments:

Nadya Dyana said...

bestnya dapat hadiah :)
singgah sini. isi tabung :)

Alin Marlini said...

wah..dapat teddy bear kiut lagi

farah syamimi said...

@Nadya Dyana hehehhe mekasih singgah sini isikan tabung ^^

farah syamimi said...

@Alin Marlini cute kan? geram jea tengok teddy bear tu

Nurulee said...

comelnya bear tu duk kat situ. heheh.

farah syamimi said...

@Nurulee comel? hhehehehe memang comel pun

Cik Kechik said...

bestnyee...nak kidnap la bole?haha

farah syamimi said...

@Cik Kechik nak kidnap? tak boleh tak boleh *geleng kepala

Ahmad Afandi said...

maaf lahir batin ya sob.. :)

farah syamimi said...

@Ahmad Afandi selamat hari raya maaf zahir dan batin ^^

roza said...

salam raya...salam kenal

farah syamimi said...

@roza selamat hari raya dan salam kenal :)