Tuesday, 9 July 2013

Aktiviti sebelum puasa



terasa diri ni macam gedik sangat bila over nak beraktiviti sebelum puasa. tadi dalam pukul 12lebih joe mesej aku ajak lepak sebab esok dah puasa, sebenarnya masa tu aku tengah tido lagi ehem aku dah bangun awal-awal k siap pergi mintak kerja lagi pagi tu tapi kena balik sebab tak cukup umur lagi, part ni aku akan ceritakan kemudian. aku baca jea lah mesej tu sebab tak de kredit. dalam 2lebih kot joe call terus, aku okey jea kalau nak lepak sebab kita orang pun memang dah lama tak lepak.

petang tu kita orang keluar berdua jea sebab faara dah balik kl dan nabila ade kawan nak datang rumah. aku kalau keluar dengan joe memang kerjanya makan jea lah, duit 90% memang akan habis dekat makan, so korang tak payah tanya kenape aku gemok dan bila aku nak kurus. kita orang pegi hospital besar sebab nak beli waffles, waffles dekat situ sedap dan sangat rangup. kalau makan lambat pun still sedap lagi tapi bila dah sampai sana tak beli pun, aku beli benda lain sebab aku tengok ramai gila orang beli waffles dia, aku bukannya jenis suka menunggu.

lepas tu kita orang pegi kpj pulak sebab joe nak makan sosej dia, aku pun okey kan saja sebab aku pun nak makan sosej dia jugak tapi apakan daya sosej favorite aku dah habis, okeyy sedih tapi tak pe lah kalau sosej cheese habis beli jea lah sosej biasa yang kosong tu tapi habis jugak yang tinggal cuma sosej cendawan dengan sosej biasa tapi besar punya. aku bukan tak nak beli yang besar tu tapi kita orang nak makan laksa dekat polo pulak lepas ni. jadi joe jea lah beli sosej cendawan tu.

dan destinasi terakhir untuk hari ini adalah padang polo, yeaaaaaaaaaa tak sabar nak makan laksa ipoh. tapi disebabkan kenyang kita orang lepak dalam kereta dulu, mahunya tak kenyang. tengok lah aku makan macam mane tadi. part ni aku sedih sikit sebab laksa aku tumpah, aku excited gila nak makan alih-alih laksa tu tumpah, boleh bayangkan tak macam mana aku rasa? tension okey tapi susah ape beli jea lah laksa lain kan? lepas habis makan lepak-lepak dulu dekat meja tu sampai lah joe cakap dia teringin nak makan sushi pulak. so ape lagi, pegi beli sushi lah pulak dekat tesco. jadi maknanya polo bukan lah destinasi terakhir.

joe jea yang beli sushi sebab aku tak makan sushi sebabnya ade sekali tu aku makan sushi, aku sakit perut tak tahu lah kenape dan sejak itulah aku tak makan sushi tapi semalam joe hulur sushi dekat aku, aku makan. SEDAP OKEY dan nasib lah aku tak sakit perut, lepas ni kalau aku nak makan sushi beli dekat tesco jea lah tak payah beli dekat tempat lain sebab aku makan sushi dekat tesco tak sakit perut.

sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan jangan gedik tak nak puasa yea. haa satu lagi, jangan lupa niat okey?

4 comments:

deno said...

selamat berpuasa dear... :)

farah syamimi said...

@deno selamat berpuasa jugak deno

M Fizan said...

kerja makan je ye? haha. eh, perakian? hari tu saya ke perak. kalau kenal, dah ajak jumpa. harhar

farah syamimi said...

@M Fizan hehehee, yup perakian.