Wednesday, 31 July 2013

Birthday gift from joe




Thanks joe sebab bagi hadiah ni, comel sangat aku suka weh. serious suka sesangat. 

tadi dalam 3 lebih joe ajak teman dia pergi johnny booking tempat nak bukak puasa hari ni sebab hari ni dia nak belanja family dia bukak puasa dekat johnny. lepas teman joe pegi booking terus pegi market jj sebab joe nak beli sushi. sebelum sampai dekat market tu, ade nampak orang‬ jual bear-bear dengan coklat. belek punya beria, tanya  macam orang nak beli tapi tak beli pun. kita orang terus pegi market beli sushi dengan vitagen.

balik dari market tu belek lagi tapi tak beli jugak lagi sampai dekat guess punya shop tak silap joe kata ''eh comel lah bear dengan coklat tadi. jom tengok balik.'' aku pun pusing jea lah balik sebab aku pun suka tengok sebab comel sangat kihkihkih. tapi masa sampai dekat tempat tu aku cakap dekat joe ''make sure kali ni kau beli.'' seperti satu arahan hahahaha yea lah pegi dah 3 kali tapi tak beli-beli pun lagi.

haa sebaik kali ni dia beli kalau tak memang aku akan cubit-cubit dia. lepas beli joe kata jom pegi kedai tu *tunjuk kedai. jangan tanya aku ape nama kedai tu sebab aku tak tahu ape nama dia even dah banyak kali masuk pun tak tengok-tengok nama dia. aku pelik sebenarnya bila joe kata ''pegi lah masuk tengok-tengok.'' memang kita nak masuk kedai ni lah pun kan? jadi kenape perlu cakap pegi lah masuk tengok-tengok? tapi sebab aku malas nak tanya aku terus masuk pegi tempat buku-buku yang comel. untuk pengetahuan korang aku sangat suka tengok writing book yang comel-comel.

masa dekat tempat buku tu aku belek-belek lah satu diary ni, cantik gila okey diary tu dan bila tengok harganya terus cakap kat diri sendiri ''padan lah cantik diary ni sebab harga dia pun cantik juga.'' aku ingat nak beli jugak walaupun harga dia menyebabkan aku telan air liur tercekik tapi sebab sekarang ni aku tengah papa, keinginan ku untuk membelinya terus terbantut. terus letak balik diary tu dan cari joe, aku nampak dia dekat kuanter, tapi sebab aku dah berkenan sangat dengan diary tu aku ambik balik diary tu dan terus aku belek-belek dia supaya nanti aku tak rindu diary tu hahahhaha. 

joe datang dekat aku pegang sekeping kad, aku tanya kad ape tu? tapi dia diam jea, aku pun buat tak tahu jea lah. tapi rasa pelik lah jugak dah kenape dia ni beli kad? masa jalan nak pegi dekat parking tetiba joe cakap ''kau ada pen?'' aku pelik kenape dia tanya pen? tapi sebab malas nak menanya dia nak buat ape dengan pen aku diamkan aje dan terus cakap aku tak de pen sebab memang aku tak de pen pun. pen dalam handbag, aku keluar tadi bawak purse jea, kalau aku bawak handbag ade lah pennya.

then masa dalam kereta joe cakap ''sebenarnya aku beli ni untuk hg.'' aku pun haaaaaa yea ke? hehhehe mekasih joe. aku tak peluk joe pun sebab masa tu joe tengah drive. tapi serious rasa terharu sangat sebab tak sangka joe nak bagi dekat aku, sebab dia cakap dia nak beli untuk diri sendiri. dan baru aku sedar kenape joe ikut pilihan aku masa beli bear dengan coklat tadi, kenape dia beli kad dan kenape dia tanya pen.
 

Monday, 29 July 2013

Senarai peserta SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI


maaf untuk peserta-peserta segmen kerana lambat keluarkan senarai peserta ni. sekarang senarai peserta dah keluar, tunggu ape lagi cepat lah blogwalking sambil klik iklan-iklan dorang semua ^^

KLIK BANNER UNTUK JOIN
GROUP 1


GROUP 2


GROUP 3

http://twentysep.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html
http://pening-pala.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html
 http://selendandangputihku.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html 
 http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html 
 http://nureenz.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html 
 http://el-shoppe.blogspot.com/2013/08/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html 
 http://www.sweetmamaintan.blogspot.com/2013/09/segmen-jom-klik-iklan-bersama-farah.html




LAST UPDATE 5 SEPTEMBER 2013 (1:12PM)

*kepada peserta segmen inform saya kalau link anda tiada dalam senarai ataupun terdouble link okey?

Thursday, 25 July 2013

Akhirnya.....


(sumber google)

Akhirnya hari ni dapat jugak makan kuih lapis setelah berzaman mencari, kemain ayat aku berzaman mencari tapi serious dah lama aku cari kuih lapis ni tapi tak de pun orang dok jual. minggu lepas aku balik kampung, time pegi bazar tu harap sangat ade orang dok jual kuih ni tapi hampa okey sebabnya tak de pun orang jual kuih ni tapi kuih lain ade, tension jea aku masa tu. dan benda yang paling aku tension bila gerai A dengan gerai B jual kuih yang sama dah lah duduk pun sebelah-sebelah -_____-

aku pelik sebenarnya kenape kuih ni makin lama makin kurang orang dok menjualnya? tapi Alhamdulillah hari ni dapat jugak aku berbuka dengan kuih lapis, tak sia-sia aku pegi bazar awal 5minit dan meredah hujan renyai-renyai. aku tak tahu kenape aku suka makan kuih ni, tapi aku memang suka makan kuih ni. aku kalau makan kuih ni memang akan makan selapis-selapis dari kecik sampai lah dah besar gajah ni.

sebelum terlupa jemput lah join segmen yang aku anjurkan ni KLIK SINI

Wednesday, 24 July 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI


siapa yang income account iklan dia jenis yang payah nak naik macam aku dipersilakan join segmen ni sebabnya income iklan anda Insya-Allah akan naik . anda berminat nak join segmen ni? jom tengok syarat-syaratnya

SYARAT-SYARATNYA:

1. Follow blog ini *WAJIB

2. Like fanpage ini *WAJIB

3. Buat entry bertajuk  ''SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI'' *WAJIB (tajuk lain tidak akan dilayan)
 
4.Tempek banner bawah ni dan link kan terus ke entry ini *WAJIB


5. Klik kelima-lima pari-pari comel bawah ni *WAJIB
 
  

6. Tinggalkan link entry anda di comment entry ini bukan di shoutbox atau dimana-mana tapi di entry ini sahaja!!. *WAJIB 

7. Anda hanya dibenarkan meletakkan link iklan tidak lebih daripada lima

8. Anda diwajibkan untuk klik kesemua iklan peserta segmen ini di blog mereka
 

9. Segmen ini akan tamat pada 24  SEPTEMBER 2013 JAM 11.59 MALAM, ini bermakna segmen ini akan berlangsung selama 2bulan. yeyhhhh *sila bersorak riang


SENARAI PESERTA DI SINI 
 
PESANAN UNTUK ANDA: SILA BERSIKAP JUJUR!!