Thursday, 13 June 2013

Terindu nasi ayam cik ila



bangun bangun tido tadi terasa macam rindu pulak nak makan nasi ayam cik ila, nak kata dah lama tak makan rasanya baru seminggu lebih jea bukannya sepuluh tahun pun. aishh aku kalau makan nasi ayam cik ila ni mesti ketagih dah macam ade ganja jea dalam nasi dia lagi pun nasi ayam dia lain dari yang lain. walaupun ayam dia nampak buruk dan langsung tak menarik perhatian sebab hitam macam dah hangit tapi sedap sebenarnya dan tak rasa pun hangit tu.

kalau dulu masa sekolah lepas balik sekolah jea beli nasi ayam cik ila, hari hari okey tak jemu pun. aku pun pelik asal lah tak jemu jemu ni. aishh dah tak jemu aku telan jea lah nasi ayam dia tu, nasi ayam dia sedap bukannya tak sedap. tapi bila dah habis sekolah, aktiviti beli nasi ayam selepas balik sekolah telah digantikan dengan beli nasi ayam dulu before lepak dekat rumah faara.

bukan aku sorang jea cakap nasi cik ila tu ade ganja, joe pun ade cakap macam tu jugak dan bukan nasi ayam dia jea macam ade ganja tapi kek coklat dia pun sama. part nak cakap kek coklat dia ni ade ganja aku tak nak cakap yea sebab aku ni memang hantu kek coklat so mane mane kedai yang jual kek coklat aku akan beli dan kalau kek tu sedap aku akan beli selalu TAPI kalau kek tu tak sedap, siap lah kau. itu kali terakhir kau terima duit aku, aceceh ade gaya menugut tak?

SEBELUM MAKAN

 SELEPAS MAKAN

Alhamdulillah kenyang dah lepas makan nasi ayam cik ila, thanks mama sebab beli kan. licinkan aku makan? ni lah bukti yang nasi ayam dia tu sedap gila, mohon orang orang perak, orang orang ipoh, orang orang taman perpaduan, orang orang bercham raya dan seangkatan dengannya pegi lah try nasi ayam cik ila ni. alah kedai dia betul betul depan masjid taman bercham raya. eh eh asal aku tetiba jadi promoter yang tidak dibayar gaji? ehem mohon cik ila bagi nasi ayam free dekat aku sebab aku dah promote nasi ayam dia dekat blog ni.

9 comments:

izyantyPersonalTaste said...

nampak cam biasa je...tapi sedap ek..:)

Izza Sakura said...

wau sedapnya,lme tk makan nsi ayam

Izza Sakura said...

wau sedapnya,lme tk makan nsi ayam

farah syamimi said...

@izyantyPersonalTaste nampak jea biasa tapi sedap, sedap gila

farah syamimi said...

@izza Sakura memang sedap, sedap hingga menjilat jari acewah

Nur Farahuda said...

hahaaa, macam sedap je, =D

farah syamimi said...

@Nur Farahuda memang sedap, sedap sesangat. itu yang sampai licin tu

Giorgio Izas said...

Antara makanan Feveret Giorgio...
NASI AYAM... Bile Cik Farah nk Blanje Giorgio pekene Nasi Ayam Ila ni?... (^_^)

farah syamimi said...

@Giorgio Izas bila yea? bila bila pun boleh,asalkan bayar nanti farah pakai duit Giorgio