Tuesday, 4 June 2013

Bunyi apakah itu??



petang semalam aku keluar dengan joe and nabila sebab dah bosan sangat dan disebabkan kita orang tak tahu nak pegi mana so kita orang decide nak lepak dekat kpj jea sebab dah lama tak pegi sana. ehem korang jangan pelik kita orang memang lain macam sikit tah kenape berkenan beno lepak dekat hospital. 

dan macam biasa lah kita orang ni kalau pegi mana-mana pun tempat makan ade lah tempat pertama yang kita orang akan pegi, so kalau dah dekat hospital ni yang ade pun cafe dengan kedai roti jea tapi sebab semalam hari ahad, dah sah-sah kedai roti tu tutup so kita orang lepak cafe jea lah. makan-makan minum-minum gossip-gossip sikit, sebagai lelaki korang kena faham yang perempuan dengan gossip memang tak dapat dipisahkan bagai aur dengan tebing.

kalau lepak cafe lama-lama pun bosan jugak jadi kita orang pegi lepak dekat tingkat 2 pulak sebab situ orang tak ramai alah dekat cafe pun bukannya ramai orang pun sebab semalam ahad tapi sebab bosan nak pegi tempat lain tu yang pegi tingkat 2 tu. part ni seram sikit, aku tak tahu lah korang takut ke tak tapi aku takut sebab aku yang ade dekat situ. masa kita orang tengah lepak-lepak sambil bercerita itu ini kita orang terdengar bunyi bising, aku yang tengah duduk dekat kerusi ogawa ni kelam kabut lah bangun sebab takut lepas tu pegi dekat nabila and joe padahal dorang duduk depan aku jea bukannya jauh pun tapi sebab dah takut bangun jugak lah.

aku tengok dorang dua rilek jea, aku tanya dekat dorang  'weh bunyi ape tu' nabila cakap lah tu bunyi orang repair apa-apa lah tu, lega hati aku sikit tapi takut lagi sebenarnya. lepas tu aku tengok nabila nak bangun pegi bangku sebelah, nak bagi aku duduk tempat dia lah kiranya aku duduk tengah-tengah lah antara dia dengan joe tapi sebab hati aku ni dah lega sikit aku cakap tak payah bangun sebab aku nak duduk balik dekat kerusi ogawa.

lepas aku tegur pasal bunyi tu, bunyi tu dah tak ade lepas tu ade balik tapi sebab nabila kata tak ade aku pun duduk buat tak tahu jea lah pasal bunyi tu. nak dekat pukul 7 macam tu kita orang pun nak balik dah lah. lepas tu masa dekat depan lift kita orang dengar bunyi balik haaa sudah. makin lama bunyi tu makin dekat dan makin kuat seolah olah dah dekat sangat dengan kita orang tapi still tak nampak lagi dari mana datangnya bunyi tu dan bunyi apakah itu? dan bunyi tu macam ngikut kita orang.

aku yang memang penakut ni kelam binti kabut laa tekan button turun dekat lift tu sekali lift tu terbukak haaaaaaaaaaa ambik kau terkejut aku sebab ade orang dalam lift tu, orang tu nak keluar aku pulak nak masuk tapi aku tak tunggu dia keluar dulu aku terus jea lari masuk lift macam dalam drama melayu yang konon-konon ade penjahat dok kejar dia. yang dorang dua ni pun cecepat masuk lift sebab bunyi tu makin kuat, lepas tu tekan button close tak berhenti sebab takut. tahu dorang ni takut selama ni keje menakutkan aku jea tak berhenti. dan sampai sekarang kita orang tak tahu tu bunyi ape sebenarnya, mintak-mintak lah tu bukan bunyi benda yang bukan-bukan.

No comments: