Wednesday, 19 June 2013

Bukit bangkong



sebenarnya aku pegi bukit bangkong ni dah lama dah, bulan lima hari tu aku pegi tapi baru sekarang nak update. aku ni bukannya sibuk ke ape ke tapi sebab malas, engkau orang tahu tahu jea lah aku ni kalau dah malas memang malas sungguh sampaikan kadang kadang tu aku berlapar sebab malas nak makan. sanggup taw aku ni berlapar sebab malas nak bangun makan, sure lepas ni tak de orang nak ambik aku jadi bini dia sebab aku ni malas sesangat. eh kejap yang aku cerita pasal malas ni sampai satu perenggan ape hal? suka sangat melalut.

hari tu aku pegi bukit bangkong dengan dayah, khairil, audi and anis kawan dayah. korang jangan tanya aku pegi hari ape and berape hari bulan sebab aku tak ingat, aku ulang aku tak ingat. malam tu aku tido awal k pukul berape pun aku tak ingat tapi awal daripada selalu lah, selalunya lepas subuh aku tido tak pun pukul 3 kea 4 pagi baru tido tapi sebab esok pagi nak panjat bukit aku kena lah tido awal. kang kalau tak cukup tido, pengsan pulak. aku ni bukannya kecik macam dayah senang senang orang boleh angkat, kang silap hari bulan dorang golekkan aku jea dari atas sampai bawah.

dan disebabkan mata ni dah terbiasa tido lewat, pukul 5 aku dah bangun. aku tak tahu lah ni semangat nak panjat bukit ke ape sebab awal gila aku bangun. aku dengar radio jea lah, takkan aku nak siap siap pukul 5 tu. janji kumpul 6.45. so dalam pukul 6 aku kejut si khairil, nasib tak susah nak kejutkan kalau tak aku memang nak hantar bom dah dekat rumah dia. dalam 6.30 aku dah siap and dayah pun dah otw nak ambik aku, dayah sampai tepat tepat pukul 6.45 dekat depan rumah aku. bagus dayah ni datang tepat masa, tapi yang tak bagusnya aku sebab baru terkedek2 nak cari stoking and pakai kasut.

dan kau tahu tahu jea lah kalau dah berjanji dengan budak lelaki macam mane, pukul 6.45 tu lah dorang baru terkedek kedek nak keluar rumah. pukul 7 baru dorang sampai. sebenarnya aku tak tahu pulak audi join sekali, aku dengan dayah pegi dengan audi naik kereta dia kalau tak aku dengan dayah naik motor jea. sempat mengigil jugak lah aku atas motor nnt kalau naik motor tu, dah lee pagi naik pulak motor. sejuk k sejuk. tapi sebab naik kereta, okey tak sejuk.

laa aku baru perasan punya berlambak perenggan aku, aku sikit pun tak bagi tahu bukit bangkong ni kat mane. okey lah disini aku nak cakap bukit bangkong ni dekat chemor, dan sebenarnya ni kali pertama aku datang sini. aku semangat sebenarnya sebab last aku panjat bukit dulu masa aku form3. bukit larut dekat taiping. 

so bila dah sampai tu kita orang tunggu anis kawan dayah tu dalam 5 ke 10minit macam tu sebab tadi dayah lupa nak bagi tahu dia yang kita orang dah otw. tunggu punya tunggu orang yang ditunggu pun tiba dengan menaiki motor ex5 tanpa helmet. ini penunggang jalan raya yang sangat tidak berhemah, encik encik dan puan puan polis sekalian sila lah saman dia.

mari kita mulakan pendakian

 gambar pertama untuk pendakian ini dan dayah sepertinya dah macam orang patah pinggang.

huh terduduk aku lepas dah lepas naik

harus lah bergambar di tengah jalan

 sikit lagi, sikit lagi dan time ni sebenarnya aku dah megah dah. dah terduduk duduk dan tertinggal tinggal. nampak sangat aku dah tak macam dulu, panjat bukit sikit terduduk duduk, kurang stamina aku ni. lepas ni kena jogging selalu lah nampaknya

dan ini lah hasilnya bila dah sampai ke puncak :)




dah dah jangan tanya kenape tudung dengan muka aku macam tu, penat k penat. sekarang masa untuk turun pulak

 dayah ni tak habis habis bergambar sampaikan audi bising dekat dia lepas tu mulut pot pet pot pet, kawan siapa entah lah. dan yang paling kelakar bila audi kata kalau dia diam tu mesti tangkap gambar lagi sekali bila aku toleh belakang haaaaaaaaaaa betul 




 letih sangat lee kononnya tu. ni baru sikit dah penat, muka macam tah pape. tu lah kurang bersenam lagi

dan ini gambar terakhir......

balik tu terus pegi sarapan dekat ulu kinta lepas tu balik rumah ambik motor dan keluar balik pegi giant pulak. amboi aku ni ingatkan petang jea aktif, rupanya pagi pun aktif jugak

No comments: